Wednesday 1 February 2017

Hasbunallah wa ni'mal wakil





Ya Allah berikan kekuatan jiwa dan kesabaran dalam menempuh segala ujian.

Phillip Phillips - Gone, Gone, Gone





sometime i have chose a wrong person,

sometimes i feel sorry for him,

for not be the girl that he suppose to marry,

i'm just a burden for him

DI mana dan ke mana

aku..aku sering gagal
gagal dalam banyak perkara
aku sering tidak sabar
tidak sabar dalam banyak perkara
aku sering tewas
tewas pada diri sendiri,
aku ini bodoh, diperbodoh, merasa diri bodoh
aku masa muda, keseorangan walau sekelilingku ada ramai manusia
aku bila tua bagaimana,..aku tidak punya sesiapa
ada suami tetapi aku ini tidak layak digelar isteri.
aku hanya penumpang kepada perjalanan hidupnya,
keperluanku adalah tanggungjawabku sendiri.
aku tidak layak diberi nafkah,
kerana aku tidak pandai segalanya,
realiti yang harus aku sedar selalu,
biarlah aku,aku tidak sanggup dihina hanya kerana memohon dibeli sepasang baju sebagai nafkah,
persepsi akukah, aku rasa bersalah dan berdosa kepada suami kerana,
dia ditakdirkan beristerikan aku,
aku bodoh, tidak pandai berbicara, yang membuat dia rasa marah dan benci
aku ada anak, tapi aku tidak selayaknya digelar ibu.
aku berdosa pada anak-anak, kerana aku gagal mengalas tugasku dengan sebaiknya,
sering mengintai setiap pergerakan mereka,
sering bertanyakan solat dan mengaji mereka,
aku seorang anak juga gagal,
gagal berbakti sebaiknya kepada kedua ibubapa,
gagal sabar ketika mereka tua,
aku mohon diampunkan dosa,
aku tidak ingin gagal juga di akhirat,
tuhan ampuni diriku